Orygold atau dipanggil juga Origold adalah sebuah minuman berasaskan beras perang cambah. Ia adalah produk kajian dan penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak 2006. Kajian berkenaan beras perang cambah ini dibuat oleh Prof Dr. Maznah binti Ismail dari Institut Biosains, UPM.

Melalui kajian tersebut, beliau menemukan pelbagai rahsia kebaikan beras perang cambah (Beras perang cambah ini adalah lebih baik dari beras perang biasa dan beras putih. Ia dikenali sebagai beras perang cambah kerana sewaktu beras perang biasa menjadi berputik / bercambah, dikala itu ia menjadi sangat kaya dengan pelbagai mineral. Beras perang cambah adalah sangat popular di Jepun, Amerika dan negara-negara maju lain).

Akhirnya, hasil kerja penyelidikan itu menghasilkan produk Orygold untuk mudah dinikmati oleh orang ramai.

SEJARAH

Pelancaran

Pada tahun 2012, produk Orygold telah dilancarkan sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM 2012. Pelancarannya mendapat liputan akhbar tempatan Malaysia kerana UPM berjaya menghasilkan beras perang yang lebih baik & lebih berkhasiat dari beras perang biasa.

Orygold dijual dengan harga sekotak RM 39.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM44.90 (Sabah & Sarawak) dimana setiap kotak mengandungi 12 sachet & setiap sachet beratnya 30 gram.

Sambutan Pengguna

Sambutan terhadap Orygold adalah sangat menggalakkan. Banyak pengguna yang minum Origold untuk menurunkan kolesterol mereka. Ini kerana ia terbukti berkesan serta adanya pelbagai testimoni pengguna mempengaruhi pengguna baru untuk mencuba.

Sambutan menggalakkan ini adalah disebabkan kebolehan Origold menurunkan kolesterol antara 3 hari ke 30 hari. Cepat atau lambat penurunan kolesterol bergantung pada individu masing-masing (dipengaruhi banyak faktor seperti pemakanan, aktiviti harian, umur).

Disebabkan permintaan yang tinggi, stok Orygold biasanya cepat habis dan pelanggan perlu pre-order antara satu ke dua minggu. Pihak pengeluar Orygold sentiasa berusaha menambahkan produksi dengan membeli mesin-mesin baru untuk menampung permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

 

Kelebihan

  1. Kesan dalam 3-30 hari sahaja
  2. Berasaskan beras perang
  3. Sesuai untuk semua peringkat umur
  4. Tiada pantang larang minum
  5. Produk kajian UPM sejak 2006
  6. Halal & berkualiti
  7. Murah
  8. Tiada bahan terlarang

ANUGERAH & TEKNOLOGI

Terima Pelbagai Anugerah

Ramai pihak mengakui akan kehebatan & keberkesanan produk Orygold. Ini menyebabkan Orygold telah berjaya mendapat empat anugerah seperti berikut:

  1. Exhibition of Innovation, Research and Innovation (PRPI).
    Tahun 2012.
    Diberi oleh Universiti Putra Malaysia.
    Negara: Malaysia
    .
  2. BioMalaysia Conference & Exhibition.
    Tahun 2012.
    Diberi oleh Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi.
    Negara: Malaysia
    .
  3. International Trade Fair of ldeas-lnventions-New Product.
    Tahun 2009
    Negara: German
    .
  4. Malaysia Technology Expo.
    Tahun 2009.
    Diberi oleh Protemp Exhibitions Sdn. Bhd.
    Negara: Malaysia
    .

Teknologi Yang Dipatenkan

Untuk menghasilkan Orygold, ia memerlukan beberapa kaedah, mesin & terkologi tertentu. Teknologi kaedah penghasilan Orygold adalah unik dan dipatenkan di Malaysia untuk melindungi kualiti Orygold.

Antara paten Orygold adalah:

  1. Process for Producing Germinated Brown Rice and Nutraceutical Product Therefrom – PI 20064528 >>
    .
  2. A Use of a Composition Comprising of Acylated steryl Glocoside in the Manufacture of a Product – PI 2011002256 >>
    .

BERKENAAN ORYGOLD

Khasiat dan Kebaikan

Origold sangat terkenal dalam keistimewaannya menurunkan kolesterol secara semula jadi dengan sangat cepat. Selain menurunkan kolesterol, Orygold mengandungi pelbagai khasiat & kebaikan lain. Antaranya ialah:

  1. Melindungi/mengelakkan dari sakit jantung
  2. Menambahkan & memekatkan susu ibu
  3. Mengurangkan berat badan
  4. Melambatkan proses penuaan
  5. Mengelakkan diabetes
  6. Mengelakkan dari perasaan murung
  7. Mengelakkan nyanyuk/pelupa
  8. Mencerdaskan minda
  9. Mengaturkan hormon putus haid

Kesan Orygold adalah berbeza mengikut individu. Untuk kesan terbaik, adalah disyorkan pengambilan secara berterusan.

Cara Minum

Digalakkan minum 2x setiap hari (pagi & petang / malam). Jika tidak berkesempatan, minum 1x sehari sewaktu sarapan adalah memadai. Ia boleh diminum sama ada sebelum, semasa atau selepas makan.

Untuk minum, gunakan cawan saiz biasa (230ml – 330ml). Boleh bancuh dengan air suam, air panas atau air sejuk. Kacau hingga sebati. Disamping itu, Orygold tiada pantang-larang, boleh makan minum seperti biasa atau ambil ubat walaupun lepas minum Orygold.

Sekiranya minum Orygold sewaktu berpuasa, boleh minum 1x waktu sahur & 1x waktu malam (lepas berbuka keatas).

Siapa Sesuai Minum

Orygold ini sesuai untuk semua lapisan peringkat umur, lelaki & perempuan. Untuk kanak-kanak disyorkan umur 7 tahun keatas. Orygold tiada alergen.

Bahan-Bahan

Kelebihan Orygold adalah kerana ia mengandungi pelbagai bahan asas dan bahan aktif semulajadi.

 

Perasa:

  1. Koko
  2. Vanila
  3. Vanila (tiada gula)

Bahan Asas

  1. Serbuk Beras Perang Cambah
  2. Estrak Malt
  3. Krimer
  4. Fruktosa (dan juga versi tiada fruktose)
  5. Susu Tepung Skim
  6. Serbuk Koko / Vanila

Bahan Aktif Semulajadi

  1. GABA – Kesan hypotensif, meningkatkatkan metabolisma di otak, mengelakkan sakit kepala/depresi kesan dari cerebral arteriosclerosis & cerebral apoplexy, meningkatkan fungsi buah pinggang, menambahbaik fungsi otak
  2. Oryzanol  – Kesan antioksida, melambatkan proses penuaan, merendahkan kandungan kolesterol
  3. Acylated Steryl Glycosides (ASG) – Mengelakkan sakit jantung & diabetes, merendahkan kandungan kolesterol
  4. Fiber – Mengelakkan masalah sembelit, mengelakkan kanser kolon, mengaturkan kadar kandungan gula dalam darah
  5. Asid Ferulic – Kesan antioksida, mengelakkan melanogenesis
  6. Tocotrienols – Kesan antioksida, melindungi kulit dari sinaran UV
  7. Magnesium – Mengelakkan penyakit jantung
  8. Potasium – Merendahkan tekanan darah
  9. Zinc – Meningkatkan fungsi pembiakan, mengelakkan arteriosclerosis
  10. Prolylendopeptidase – Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

PENJUALAN

Sejarah

Orygold pada peringkat awal dijual di UPM. Untuk menembusi pasaran awam, ia agak sukar kerana ramai masyarakat awam yang kurang memahami tentang kebaikan beras perang. Kadar jualan adalah perlahan & sedikit.

Masalah ini telah mendapat perhatian sebuah syarikat tempatan yang kemudiannya pada 2014 telah mengubah penjenamaan & strategi pemasaran. Usaha keras pihak syarikat tersebut dalam membuat promosi membolehkan Orygold kini lebih dikenali & diterima umum.

Jualan Atas Talian

Pada peingkat awal penjualan Orygold sekitar tahun 2012, ia hanya dijual di UPM dan pelanggan perlu datang sendiri untuk membelinya. Melalui teknologi pemasaran digital, Orygold kini boleh dibeli di kedai terpilih & juga dibeli secara atas talian sama ada di laman web rasmi, Facebook dan Instagram:

  1. Laman web Orygold
  2. Agen Orygold
  3. Facbook Orygold
  4. Instagram Orygold